Perodua terima 27,600 tempahan untuk Julai

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menerima tempahan membabitkan 27,600 unit pelbagai model keluarannya sepanjang Julai lalu dan mencatatkan jualan sebanyak 19,200 unit dalam tempoh berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, daripada 27,600 unit yang ditempah, 50 peratus daripadanya membabitkan model Myvi, 30 peratus Viva dan selebihnya Alza.

Beliau berkata, peningkatan tempahan dan jualan itu disebabkan sikap tunggu serta lihat pengguna mengenai penurunan harga kereta yang semakin berkurangan selain permintaan menjelang hari raya.

“Selain itu, siri S yang dilancarkan Mac lalu masih mendapat permintaan yang tinggi,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Perodua bersama Kesatuan Sekerja Perodua di Shah Alam.

Menurutnya, pasaran automotif dijangka menghadapi tempoh akhir tahun yang mencabar berikutan kemudahan pinjaman dijangka diketatkan lagi selain persaingan model baru oleh pengeluar lain.

Bagaimanapun, beliau yakin Perodua dapat mengekalkan sasaran jualan tahun ini sebanyak 194,000 unit. - BERNAMA

Posted by Malaysia Online Press on 4:58 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Perodua terima 27,600 tempahan untuk Julai"

Leave a reply