Penuntut kolej rakam filem disangka penjenayah
Los Angeles: Cubaan sekumpulan penuntut kolej menghasilkan filem amatur nyaris menyebabkan mereka terbunuh apabila disangka penjenayah oleh polis.
Mereka pada asalnya merakamkan aksi rompakan di sebuah kedai kopi di pinggir bandar.
Bagaimanapun, ketika ‘perompak’ terbabit meninggalkan premis itu lapan anggota polis yang kebetulan lalu di situ menyangka ia adalah kejadian sebenar. Polis kemudian mengejar penuntut kolej yang bertopeng itu sambil sebelum memberhentikan mereka.
Polis juga memaksa pelakon terbabit meletakkan senjata yang dibawa. Seorang daripada pelakon itu meletakkan raifal palsunya tetapi seorang lagi tetap menggenggam pistol mainannya, memaksa polis melepaskan tembakan ke tangannya. Pegawai polis Glendora, Tim Staab, berkata kejadian itu membuktikan betapa bahayanya pembuatan filem tanpa membuat makluman kepada pihak berkuasa. “Saya tidak dapat memikirkan situasi yang lebih bahaya daripada memegang pistol di tangan,” katanya.
0 comments for "Penuntut kolej rakam filem disangka penjenayah"