Hassan Rowhani angkat sumpah

Teheran: Hassan Rowhani mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden baru Iran semalam bagi menggantikan penyandang terdahulu, Mahmoud Ahmadinejad dalam majlis yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara.

Walaupun baru mengangkat sumpah malam tadi, Hasan dianggap sebagai presiden sejak kelmarin selepas pemimpin tertinggi Iran, Ayatuulah Ali Khamenei memberi meluluskan namanya.

Majlis itu dihadiri pemimpin dan wakil dari lebih 50 negara seluruh dunia.

Bagaimanapun Presiden Sudah, Omar al-Bashir gagal hadir selepas Arab Saudi menolak permohonan pesawat membawa beliau melalui ruang udara negara berkenaan. Khartoum berkata, sikap ditunjukkan Riyadh itu memaksa Omar berpatah semula ke Sudan. Ia adalah kali pertama tetamu asing menghadiri majlis angkat sumpah bagi jawatan presiden di negara itu sejak Revolusi Iran pada 1979.

Beberapa jam sebelum itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengecam Hassan kerana berkongsi matlamat dengan Mahmoud yang mahu menghancurkan negara Yahudi. “Presiden Iran mungkin sudah bertukar tetapi matlamat rejim tetap kekal,” katanya. Di Washington pula sebanyak 76 senator AS menghantar surat kepada Presiden Barack Obama menggesa hukuman lebih keras dikenakan terhadap ekonomi Iran sehinggalah negara itu membatalkan program nuklearnya. 

Senator itu juga mendesak Obama mempertimbangkan semula pilihan ketenteraan walaupun tetap membuka pintu rundingan bagi mencari penyelesaian kepada isu berkenaan. “Sehingga kita melihat perubahan ketara dalam aktiviti nuklear Iran, kami percaya AS mesti meningkatkan sekatan dan mengukuhkan kredibiliti terhadap kemungkinan menggunakan tentera pada masa sama kita mencuba mencari penyelesaian diplomatik,” kata surat itu. Hassan dilantik ke jawatan itu selepas mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya pada 14 Jun lalu. - AP

Posted by Malaysia Online Press on 4:35 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Hassan Rowhani angkat sumpah"

Leave a reply