Aktres mungkin bongkar rahsia ajaran Saintologi
Los Angeles: Aktres Leah Remini seorang daripada selebriti paling terkenal yang meninggalkan gereja Saintologi bercadang menerbitkan memoir mengenai kehidupannya, kata satu sumber yang rapat dengan aktres itu semalam.
Tidak diketahui berapa banyak maklumat yang akan didedahkan mengenai gereja itu yang menjadi kepercayaannya sejak kecil, tetapi dia sudah menerima beberapa tawaran daripada penerbit.
Leah, 43, yang paling dikenali dengan wataknya dalam komedi CBS “The King of Queens” hanya memberi sedikit penjelasan mengapa dia memilih untuk meninggalkan gereja yang turut menyenaraikan bintang Hollywood seperti Tom Cruise dan John Travolta sebagai anggotanya.
Bulan lalu akhbar New York Post mula-mula melaporkan bahawa Leah meninggalkan gereja itu selepas “menjadi bahan siasatan selama bertahun-tahun” dan “melalui pengubahan pemikiran” kerana mempertikai peraturan pemimpinnya David Miscavige. Gereja itu enggan mengulas mengenai berita berkenaan.
Hingga kini, ramai selebriti yang menjadi anggota Saintologi sudah meninggalkan gereja itu, tetapi tiada siapa pernah menerbitkan mengenai kehidupan mereka di situ.
Pengarah filem Paul Haggis bersama aktres yang juga bekas isteri Cruise, Katie Holmes antara pengikut berprofil tinggi gereja itu yang belot dan bercakap mengenai pengalaman dan percanggahan mereka terhadap polisi gereja itu.
Awal minggu ini Haggis menulis surat terbuka yang diterbitkan majalah The Hollywood Reporter menyuarakan sokongannya kepada Leah, yang dikatakannya menjadi serangan selebriti dari gereja itu.

0 comments for "Aktres mungkin bongkar rahsia ajaran Saintologi"