Peluang belajar ke New Zealand
MELAKA 4 Ogos - Penuntut Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) berpeluang melanjutkan pelajaran ke beberapa universiti di New Zealand ekoran kerjasama yang dijalin antara kolej itu dengan Kolej Yayasan Saad dan beberapa universiti di New Zealand.Presiden DMDI, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, buat permulaan pihaknya akan mengambil seramai 200 pelajar yang akan ditempatkan di Kolej DMDI.
"Jika mendapat sambutan menggalakkan, kita merancang menambah pengambilan pelajar di samping menawarkan lebih banyak kursus," katanya dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan Duta New Zealand ke Malaysia, David Pine yang mengadakan lawatan singkat di Kolej DMDI di Melaka Mall, di sini semalam.
Yang turut hadir Ketua Eksekutif Kolej Antarabangsa DMDI, Mashitah Ismail; Pengerusi Yayasan Saad, Tan Sri Halim Saad serta pegawai-pegawai kanan pejabat Kedutaan New Zealand di Kuala Lumpur.
Mohd. Ali yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Antarabangsa DMDI berkata, buat masa ini pengambilan pelajar baharu adalah setahun sekali dan bercadang membuat dua pengambilan setahun mulai tahun hadapan - UTUSAN
0 comments for "Peluang belajar ke New Zealand"