Harap gangguan air tak berlaku pada Aidilfitri

Mohamad Razi Kail
KUALA PILAH 4 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohamad Razi Kail berharap isu gangguan air tidak berlaku ketika sambutan Aidilfitri, seperti yang pernah terjadi sebelum ini.

Katanya, tahun lalu gangguan bekalan air berlaku kerana kerosakan pam di Kolam Air Bukit Sempit sehingga pihaknya perlu mendapatkan kerjasama Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) mengadakan pelan kecemasan untuk menyalurkan bekalan air pada musim perayaan.

"Kita sedar projek naik taraf pam itu dilakukan tahun ini dan berharap ia dapat menambah peningkatan yang berganda pada musim perayaan ini, lebih-lebih lagi sanak saudara yang pulang berhari raya di kampung halaman," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi masalah itu.

"Ia bukan disebabkan bekalan air tidak cukup atau tekanan rendah, tetapi peningkatan pengguna dalam musim perayaan. Kita akan membantu sebaik mungkin untuk mengatasi perkara ini," ujarnya.

Namun katanya, sebagai langkah berjaga-jaga penduduk sekitar diharap dapat menyimpan bekalan air secukupnya.

Dalam perkembangan yang sama, Eksekutif Agihan SAINS Kuala Pilah, Azren Shah Baharuddin memberitahu sempena sambutan hari raya ini pihaknya telah menyediakan pelan kecemasan bekalan air bermula 5 hingga 13 ogos ini dengan pemantauan selama 24 jam oleh kakitangannya.

Antara tindakan dalam pelan berkenaan ialah meningkatkan pengepaman sumber air dalam Loji Jelai dan Taisho, membaik pulih pam di rumah pam di Bukit Sempit, menaik taraf tangki di Rumah Rakyat Padang Lebar dan Loji Rawatan Air Tengkek selain memasang sistem kawalan tekanan dan kerja penyelengaraan.

"SAINS juga akan membuat pemantauan 24 jam dan melakukan pembaikan segera jika ada kerosakan. Kita juga akan menempatkan tangki statik dalam kawasan terjejas," ujarnya.

Penduduk kampung boleh menghubungi pihak SAINS untuk melaporkan masalah gangguan air di talian pejabat 06-4811544 dan talian 24 jam bebas tol Sains 1-800-88-6982.

Posted by Malaysia Online Press on 10:19 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Harap gangguan air tak berlaku pada Aidilfitri"

Leave a reply