Pelajar tingkatan dua antara tiga maut kemalangan
Gambar hiasan |
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, mangsa, Muhammad Luqman Nul Hakim Salehuddin, 14, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Hamzah Alias berkata, nahas berlaku apabila motosikal jenis Modenas Kriss ditunggangi mangsa gagal dikawal.
"Berikutan itu, mangsa yang menunggang berseorangan terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta Proton Saga BLM.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah," katanya hari ini.
Sebelum itu, kata Hamzah, dua lelaki maut apabila trak pikap Toyota Hilux dinaiki mereka terbabas di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong kira-kira pukul 2 petang.
"Pemandu trak itu, Hazmin Ahmad Tajudin, 33, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang, Mohd. Azizul Jumali, 22, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah malam tadi.
"Kemalangan berlaku selepas kenderaan mereka gagal dikawal lalu terbabas dekat sebuah ladang kelapa sawit. Trak itu merentangi sebatang parit selebar tiga meter," katanya.
Tambah beliau, mangsa dipercayai datang dari Seri Kembangan, Selangor menghala ke Keratong. Kedua-dua mereka dipercayai rakan sekerja dan dalam perjalanan membaiki jentera berat pelanggan," katanya.
Tambah Hamzah, kedua-dua kejadian tersebut merupakan kes kemalangan maut pada hari kedua Ops Selamat dilancarkan.
0 comments for "Pelajar tingkatan dua antara tiga maut kemalangan"