Lindsay Lohan kembali – dan beraksi bogel?

Setelah menghabiskan masa di pusat rehab berikutan perintah mahkamah, ratu gadis liar Hollywood Lindsay Lohan kembali ke dunia seni dengan adegan memberangsangkan melalui filem terbaru beliau, The Canyons.

Dalam filem tersebut, Lindsay banyak menanggalkan pakaian untuk adegan ranjang. Baru-baru ini, beberapa gambar panas Lindsay daripada filem The Canyon telah disiarkan online.

Ini bukanlah kali pertama pelakon berusia 27 tahun yang terkenal dengan masalah ketagih alkohol ini terlibat dengan skandal. Sebelum ini Lindsay pernah memberi pose tanpa pakaian untuk majalah Playboy pada tahun 2011 dan dibayar kira-kira USD$1 juta. Beliau juga pernah beraksi panas untuk sebuah majalah New York pada tahun 2008.

Selain adegan ranjang filem The Canyon yang dinantikan, ramai yang mengharapkan perubahan daripada Lindsay kali ini, apabila beliau dikatakan berjaya menamatkan tempoh rehab selama 90 hari. Adakah beliau sudah berubah untuk lebih baik? Tunggu dan lihat.

Posted by Malaysia Online Press on 5:09 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Lindsay Lohan kembali – dan beraksi bogel?"

Leave a reply