RHB muktamad beli Bank Mestika September
![]() |
Kam (tiga dari kanan) bersama Chin (dua dari kanan) ketika pelancaran dana baru RHB Focus Income Bond Fund - Series 1 di Kuala Lumpur, semalam |
Rundingan ambil alih 40 peratus kepentingan berjalan lancar
RHB Capital Bhd berharap dapat memuktamadkan pengambilalihan 40 peratus kepentingan dalam bank Indonesia, PT Bank Mestika Dharma (Bank Mestika) pada bulan depan.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Kellee Kam, berkata rundingan mengenai pembelian kepentingan itu kini berjalan lancar.
Beliau menjelaskan, kumpulan perbankan itu sudah pun mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia dan kini sedang dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada bank pusat Indonesia pula.
“Kami kini bekerja keras untuk memenuhi keperluan yang diperlukan untuk pembelian 40 peratus kepentingan Bank Mestika itu. Kami berharap dapat menyelesaikannya dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran dana baru RHB Investment Management Sdn Bhd, RHB Focus Income Bond Fund - Series 1 di Kuala Lumpur semalam. Yang hadir sama ialah Pengerusi RHB Investment, Patrick Chin.
Kam berkata pengambilalihan Bank Mestika itu amat penting bagi RHB Capital kerana pasaran Indonesia menawarkan peluang pertumbuhan yang amat besar kepada kumpulan perbankan keempat terbesar Malaysia itu pada masa depan.
Beliau berkata, pasaran republik itu juga adalah kunci utama kepada pengukuhan kedudukan kumpulan perbankan berkenaan di pasaran serantau berikutan kepadatan penduduknya yang tinggi.
Mengenai perlantikan Pengarah Urusan RHB Investment Bank dan Pengarah Urusan RHB Islamic Bank yang baru, Kam berkata kumpulan perbankan itu sudah mengenalpasti beberapa calon yang layak untuk mengisi jawatan berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya sudah pun mengemukakan nama calon berkenaan kepada Bank Negara dan sedang menunggu kelulusan daripada bank pusat itu.
RHB Capital, katanya berharap dapat mengumumkan perlantikan itu pada bulan depan.
Mengenai dana baru yang dilancarkan itu, Ketua Pegawai Pelaburan RHB Investment, Hoe Cheah How, berkata dana bon tertutup tiga tahun itu menawarkan peluang kepada pelabur meraih pulangan lumayan menerusi pelaburan dalam lebih 20 instrumen hutang global.
Beliau menjelaskan, pelabur berpeluang meraih pulangan tahunan purata sebanyak 4.5 peratus dalam tempoh tiga tahun.
“Sekurang-kurangnya 90 peratus daripada nilai aset bersih dana ini akan dilaburkan dalam instrumen hutang global manakala 10 peratus lagi dalam aset cair termasuk instrumen pasaran wang dan deposit,” katanya.
Hoe berkata, RHB Investment mengunjurkan dana bon tertutup tiga tahun itu mampu menjana jualan sehingga RM200 juta.

Kami kini bekerja keras untuk memenuhi keperluan yang diperlukan bagi pembelian 40 peratus kepentingan Bank Mestika itu” Kellee Kam, Pengarah Urusan Kumpulan RHB Capital Bhd

0 comments for "RHB muktamad beli Bank Mestika September"