Pemilihan UMNO perlu diseimbangi tonggak perpaduan - Khairy

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berkata UMNO kekal sebagai sebuah parti yang tetap relevan dulu, kini dan selamanya sekiranya terdapat ramai mereka yang ingin menawarkan diri dalam pemilihan parti tersebut nanti.

Namun beliau mengharapkan ruang yang terbuka luas itu diseimbangi dengan tunggak perpaduan supaya ianya kelak dapat mengekalkan perpaduan serta kestabilan didalam parti untuk kepentingan bersama.

khairy-ketua-pemuda-pemilihan-umno-menteri-bn

“Kalau pertandingan itu sihat kita akan melihat calon yang terbaik akan muncul dalam parti dan sekiranya niat tidak baik..umpamanya mengacau dan sebagainya sesiapa pun tidak akan mendapat manfaat serta faedah.

“Kita bertanding seperti adik beradik… tak perlu taktik kotor atau serangan peribadi yang memalukan. Kita mesti pertahankan institusi Pemuda dan seterusnya ubah persepsi rakyat kepada kita,” katanya.

Khairy berkata demikian pada majlis berbuka puasa Pemuda UMNO di Masjid Asy-Syakirin di KLCC. Turut diraikan pada majlis berbuka puasa itu anak-anak yatim serta ibu tunggal dan mereka yang tidak berkemampuan.

Khairy seterusnya menambah bercakap soal transformasi ianya bukan sahaja dapat dilihat di dalam kerajaan malah turut melangkaui parti UMNO itu sendiri.

“Dengan demokrasi yang terbuka dan tidak ada halangan kepada mana-mana ahli untuk bertanding kita anggap ianya cukup positif.Siapapun boleh bertanding, tapi kena ingat ia adalah untuk kukuhkan parti… kalau semata-mata nak lepaskan geram, nanti akhirnya parti yang akan rugi,” katanya

Posted by Malaysia Online Press on 7:31 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Pemilihan UMNO perlu diseimbangi tonggak perpaduan - Khairy"

Leave a reply