Pemain Kelantan dapat duit raya

Annuar Musa
KOTA BHARU 5 Ogos - Skuad The Red Warriors menerima 'duit raya' apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengagihkan bonus berjumlah RM600,000 berikutan kejayaan mengekalkan kejuaraan Piala FA buat kali kedua berturut-turut selain mengesahkan tempat beraksi dalam saingan Piala Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC) musim hadapan.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemberikan bonus tersebut sebagai penghargaan kepada barisan pemain yang telah bertungkus-lumus menaikan nama pasukan dengan mengekalkan kejuaraan tersebut sekali lagi musim ini.

Beliau berkata, jumlah tersebut adalah yang tertinggi setakat ini pernah diberikan oleh KAFA kepada barisan pemain The Red Warriors selepas menolak segala perbelanjaan pengurusan untuk final Piala FA baru-baru ini.

Menurutnya, agihan bonus tersebut diberikan kepada semua pemain The Red Warriors sama ada yang beraksi di pentas final atau tidak

"Seramai 14 pemain yang beraksi dalam pentas final Piala FA baru-baru ini menerima agihan bonus berjumlah RM30,000 setiap seorang membabitkan peruntukan berjumlah RM420,000.

"Manakala baki selebihnya dari bonus tersebut diberikan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh pihak KAFA. Ini merupakan agihan bonus tunai terbesar yang pernah dibuat oleh KAFA setakat ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Iftar bersama pemain The Red Warriors dan pengamal media Kelantan di sini semalam.

Posted by Malaysia Online Press on 5:35 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Pemain Kelantan dapat duit raya"

Leave a reply