Mahasiswa UUM sertai simposium di Manila

ALOR SETAR - Seramai 15 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dihantar menyertai Simposium Hal Ehwal Kemanusiaan di Manila selama seminggu bermula 1 Ogos.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, program itu mendapat sokongan Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Suruhanjaya Filipina mengenai Pendidikan Tinggi.

Ia merupakan platform terbaik untuk para pelajar berkenaan berkongsi idea, pandangan dan cadangan mengenai usaha membasmi kemiskinan mengikut perspektif pemimpin mahasiswa, katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim berkata, program menghantar pelajar UUM yang berjaya ke luar negara merupakan usaha berterusan universiti itu bagi mendedahkan mereka kepada aktiviti di peringkat antarabangsa.

"Program ini juga adalah sebagai ganjaran atau bonus kepada mereka kerana sumbangan mereka dalam menjayakan aktiviti kepimpinan di peringkat universiti," katanya.- Bernama

Posted by Malaysia Online Press on 10:03 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Mahasiswa UUM sertai simposium di Manila"

Leave a reply