Jangan salahkan PM jenayah meningkat - Razali

MUAR 5 Ogos - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim membidas pihak tertentu yang menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa gagal menangani isu peningkatan kes jenayah berat selepas kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1960.

Beliau berkata perbuatan itu tidak wajar kerana mendakwa pihak berkenaan yang dahulunya mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta dan ordinan tersebut kerana kononnya sudah lapuk serta tidak relevan lagi untuk diamalkan di negara ini.

"Mereka kata untuk menjadi negara maju, kita kena tukar atau hapuskan akta dan ordinan itu. Apabila ISA dan Ordinan Darurat dimansuhkan, jenayah semakin meningkat, dikatanya pula Datuk Seri Najib tidak bagus," katanya.

Razali yang juga anggota Parlimen Muar berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan Aidilfitri sumbangan Yayasan Felda anjuran Media Prima di Sungai Balang Besar, dekat sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pengerusi Media Prima Datuk Johan Jaafar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Balang Zaiton Ismail.

Katanya ISA dan Ordinan Darurat sebelum ini sebenarnya banyak membantu membentuk keharmonian kaum dan perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain sejak Malaysia mencapai kemerdekaan 56 tahun lalu.

Posted by Malaysia Online Press on 11:36 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

1 comments for "Jangan salahkan PM jenayah meningkat - Razali"

  1. ntah apa2 cai2 PR ni

Leave a reply